Thursday, October 16, 2025
HomeAGENSIANGKASA Pahang Timur Sertai Perbarisan Peringkat Negeri Buat Kali Kedua

ANGKASA Pahang Timur Sertai Perbarisan Peringkat Negeri Buat Kali Kedua

ANGKASA Negeri Pahang Timur sekali lagi mengambil bahagian dalam Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Pahang Tahun 2025 yang berlangsung di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1, Kuantan hari ini (31 Ogos 2025).

Perbarisan tersebut yang merupakan kali kedua disertai ANGKASA Timur sejak tahun lalu melibatkan seramai 36 anggota terdiri daripada warga kerja ANGKASA Negeri Pahang Timur dan wakil lima buah koperasi dan diketuai Pengurus ANGKASA Pahang Timur, Puan Subaizah Baharuddin.

Koperasi terlibat terdiri daripada Koperasi Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Berhad, ⁠Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau Berhad, Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Koperasi Pembangunan Daerah Kuantan Berhad dan Koperasi Kawasan Paya Besar Berhad.

Hadir pada majlis itu ialah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, KDPM Tengku Mahkota Pahang, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Jumlah penyertaan pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang tahun ini adalah sebanyak 150 kontinjen dengan pecahan 82 kontinjen berjalan kaki dan 68 kontinjen berkenderaan dengan jumlah peserta seramai 5,227 orang dan 644 buah kenderaan.

Sambutan turut diserikan dengan perarakan Kereta Berhias daripada Majlis Bandaraya Kuantan, Tourism Pahang dan juga Pejabat Pembangunan Negeri Pahang (SDO).

Selain itu, terdapat penglibatan pelajar Pra Sekolah dari Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah dan juga ‘Bomba Cilik’ yang dibawa khas oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang. Turut sesrta adalah persembahan daripada Persatuan Seni Silat Pahang dan Pihak ATM yang mempersembahkan Tempur Tanpa Senjata.

Acara sambutan pada tahun ini turut digamatkan dengan Fly Past And Parachute oleh jet pejuang iaitu dua buah pesawat Bae Hawk 208 dan empat buah pesawat Sukhoi Su-30MKM TUDM yang membuat lintasan hormat di ruang udara.

Selain itu, aksi payung terjun turut menyemarakkan suasana oleh pasukan yang diketuai Pegawai Memerintah Pasukan Khas TUDM (PASKAU), Kolonel Muhamad Mustafa Omar Tudm.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine