Saturday, August 2, 2025
HomeUncategorizedANGKASA Pergiat Usaha Penubuhan Koperasi Kariah Masjid

ANGKASA Pergiat Usaha Penubuhan Koperasi Kariah Masjid

ANGKASA Negeri Pahang II (Tengah) bersama Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid ANGKASA telah mengadakan Taklimat Penubuhan Koperasi Masjid di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh pada 15 April 2025.

Objektif program tersebut adalah untuk menggalakkan masjid di negeri itu bagi menubuhkan koperasi selaras dengan titah Tuanku Sultan Pahang bagi memperkasa institusi masjid sebagai penggerak ekonomi umat Islam menerusi penubuhan koperasi kariah masjid.

Usaha itu merangkumi pembabitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta pihak berkuasa agama tempatan di peringkat negeri.

Hadir sama ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang II (Tengah), Haji Mohamad Hanifah B.K Koya Moideen Kutty, Qadhi Daerah Temerloh, Ustaz Abdul Aziz Abdul Karim, Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid, Encik Mohd Safian Abdul Rahman dan Pegawai SKM Wilayah Temerloh, Encik Hafizu Haji Sulaiman.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine