Thursday, October 16, 2025
HomeAKTIVITIANGKASA Tinjau Perancangan Ekonomi Koperasi Agro Perak Berhad

ANGKASA Tinjau Perancangan Ekonomi Koperasi Agro Perak Berhad

ANGKASA pada hari ini (19 September 2025) telah mengadakan satu siri lawatan kerja ke Koperasi Komuniti Agro Perak Berhad (KOKA) bertempat di Persiaran Bougainvillea Utama 3, Kuala Kangsar dan Kabin Du’Kati di Kampung Kuala Terap, Kati, Kuala Kangsar, Perak.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah yang hadir mengetuai lawatan tersebut telah diberi penerangan oleh Pengerusi KOKA, Encik Muhammad Muammar Osman mengenai rancangan strategik ekonomi koperasi untuk memasarkan produk makanan ringan berupa biskut gulung jenama ‘Yeh’ ke pasaran koperasi di seluruh negara.

Selain itu, beliau juga turut menjelaskan mengenai rancangan jangka panjang koperasi untuk menjalin kerjasama dengan pengusaha Kabin Du’Kati bagi menaiktaraf fasiliti serta memperkenalkan kemudahan baharu di Kabin Du’Kati.

Antara projek yang bakal dibangunkan adalah penternakan ikan sangkar di kolam sekitar Kabin Du’Kati, mendirikan sebuah dewan untuk majlis perkahwinan, menubuhkan camp site dan sebuah chalet wind mill.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, barisan Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JKAN), Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Dato’ Shaharudin Mohd Sa’ad, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine