Anggota Emergency Response Team (ERT) ANGKASA bersedia memainkan peranan sekiranya berhadapan dengan situasi kecemasan seperti kebakaran di bangunan pejabat dan lain-lain keadaan yang memerlukan pertolongan kecemasan.
Sumbangan anggota ERT amat penting terutamanya dalam menyelamatkan nyawa kakitangan dan rakan-rakan ketika berhadapan situasi cemas.
Demikian menurut Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik ketika berucap pada Majls Penutup Kursus Latihan Keselamatan Kebakaran ERT ANGKASA di Kem El-Azzhar, Banting, Selangor pada 18 Mei 2025.
Katanya, ilmu yang bermanfaat itu selain boleh dimanfaatkan kepada masyarakat, anggota juga boleh memberikan tunjuk ajar kepada mereka tentang kaedah menyelamatkan mangsa yang ditimpa musibah.








Kursus Keselamatan Kebakaran ERT ANGKASA yang berlangsung selama tiga hari itu melibatkan penyertaan seramai 40 anggota ERT ANGKASA. Antara latihan yang dijalankan termasuk bimbingan Teknik Pemadaman Api, Teknik Memberi Bantuan Pernafasan, Teknik Menyelamat, Teknik Memadam Gas dan Teknik Menyelamat Dalam Banjir.
Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Jawatankuasa Bersama JKPP ANGKASA, Dato’ Haji Che’ Mohd. Shukree Che’ Isa, Pengurus Besar Bahagian Sekretariat dan Pengurusan Aset ANGKASA merangkap Setiausaha JKPP ANGKASA, Dr. Haji Abdul Rahim Abd. Rahman, Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Sarjan Razali Bunawi, Pegawai Bomba Tinggi II, Timbalan Ketua Balai Subang Jaya, Encik Zul Alim Haji Mahful dan Pegawai Bomba Kanan II, Puan Jasmin Sanusi.












