Thursday, July 31, 2025
HomeAKTIVITIHKN25: Pertandingan Networking Golf Jadi Platform Rangkaian Strategik Antara Koperasi dan Sektor...

HKN25: Pertandingan Networking Golf Jadi Platform Rangkaian Strategik Antara Koperasi dan Sektor Swasta.

Sebagai usaha menyemarakkan sambutan Hari Koperasi Negara 2025 (HKN25), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Co-opbank Pertama (CBP) telah menganjurkan Pertandingan Networking Golf pada 26 Julai 2025 di Orna Golf & Country Club, Jasin, Melaka. 

Penyampaian hadiah bagi pertandingan ini disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick, sebagai simbol penghargaan kepada semua peserta dan pemenang. 

Datuk Ewon Benedick menzahirkan penghargaan kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan dan komitmen tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. 

Beliau berkata bahawa pertandingan seperti ini bukan sekadar satu acara rekreasi, tetapi turut mencerminkan semangat kerjasama dan perpaduan yang menjadi asas penting dalam memperkukuh ekosistem koperasi dan keusahawanan negara. 

Penyertaan pelbagai pihak daripada agensi kerajaan, koperasi, serta sektor swasta membuktikan bahawa aktiviti luar seperti golf mampu menjadi jambatan yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana yang santai dan harmoni.

Pertandingan ini menjadi platform strategik bagi membina rangkaian hubungan lebih erat antara pemimpin sektor koperasi, sektor swasta dan agensi kerajaan. Seramai 80 pemain mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini termasuk wakil-wakil utama daripada sektor awam dan swasta.

Sebagai tanda sokongan, ANGKASA turut menghantar empat orang pemain untuk menyertai kejohanan tersebut. Langkah ini membuktikan peranan penting ANGKASA dalam menyokong sebarang inisiatif yang menjurus kepada pengukuhan jaringan dan kolaborasi antara agensi, koperasi serta pemegang taruh industri demi kemajuan bersama. 

Hadir sama dalam kejohanan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dato Sri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Wira M Noor Azman Tailb dan Pengerusi Co-opbank Pertama, Datuk Baharom Embi.

Barisan kepimpinan ANGKASA yang turut serta ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine