Thursday, October 16, 2025
HomeAKTIVITIJawatankuasa ANGKASA Negeri Tinjau Projek Pertanian Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad

Jawatankuasa ANGKASA Negeri Tinjau Projek Pertanian Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad

Sebilangan Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri telah mengadakan satu lawatan ke tapak projek pertanian milik Koperasi Agro Ternak Melayu Perak Berhad (KATAM) bertempat di Manong, Kuala Kangsar, Perak pada 18 September 2025.

Delegasi tersebut diketuai oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang mewakili Presiden ANGKASA. Turut mengiringi beliau ialah Naib Presiden ANGKASA iaitu Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan serta Ketua Pegawai Pengurusan Kumpulan ANGKASA, Tuan Haji Hasnan Haji Mustapha.

Lawatan tersebut yang dikendalikan oleh ANGKASA Negeri Perak yang diketuai Pengerusinya, Tuan Haji Mohamed Shafie Abd. Karim bertujuan untuk melihat secara langsung perkembangan projek pertanian koperasi tersebut khususnya Projek Inkubator Tanaman Fertigasi Rock Melon dan Koko yang diusahakan dengan kerjasama ANGKASA.

Delegasi juga dibawa meninjau suasana ladang fertigasi cili kulai, ladang nanas dan pisang selain pusat semaian sayuran.

KATAM yang ditubuhkan pada 22 September 2021 menjadikan pertanian, penternakan dan perladangan sebagai fungsi utama. Koperasi tersebut juga sedang dalam perancangan untuk menceburi bidang agropelancongan sebagai salah satu sumber baharu ekonominya.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine