Tuesday, March 3, 2026
HomeUncategorizedMesyuarat Jawatankuasa Pemantau Pelaksanaan Program SejaTi MADANI Koperasi Luar Bandar Bil. 1/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantau Pelaksanaan Program SejaTi MADANI Koperasi Luar Bandar Bil. 1/2026

Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pemantau Pelaksanaan Program SejaTi MADANI Koperasi Luar Bandar Bil. 1/2026 telah diadakan di Kuala Tahan, Jerantut Pahang pada 31 Januari 2026.

Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Sosioekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri iaitu Dr. Abdul Hazif Abdul Hamid turut disertai Penolong Pengarahnya, Encik Mohd Ridzuan Bin Saari, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Pembangunan ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Kewangan ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Pengerusi ANGKASA Pahang Tengah, Dato’ Haji Mohamad Hanifah BK. koya Moideen Kutty.

Barisan pengurusan ANGKASA turut serta ialah Pengurus Besar Kanan Kumpulan Pembangunan Koperasi, Haji Nor Azmi Abd. Jalil, Pengurus Kanan Kumpulan Hubungan Strategik, Dr. Hajah Salmah Haji Ishak, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Pengurusan Aset, Mejar Ir. Ts. Mohd Ramli Parman (Bersara), Pengurus Besar Bahagian Pertanian Asas Tani dan Perladangan, Encik Muhammad Zuhid Jamaludin, Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim dan Pengurus Kanan (menanggung tugas Pengurus
Besar Bahagian Pembangunan Projek, Pengurusan Hartanah dan Pentadbiran, Pengurusan Bajet Kumpulan Pembangunan Koperasi), Encik Jamar Mat Ali.

Wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil iaitu Encik Azizul Alias (hadir secara dalam talian), Timbalan Setiausaha, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja
Dan Peniaga Kecil, Encik Wan Ahmad Hilman Wan Adam dan Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil, Encik Mohd Syaiful Patolga.

Barisan pengurusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang turut serta ialah Penolong Pengarah Kanan, En. Mohamad Safuan Roslee dan Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan, Encik Muhammad Shukur Md Saffar.

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah Mengesahkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pemantau Bagi Pelaksanaan Program, perkara-perkara berbangkit, pelaporan status pelaksanan program-program SejaTi MADANI yang lalu termasuk membincangkan proses penilaian cadangan projek oleh SKM dan ANGKASA serta Deraf Garis Panduan Pelaksanaan program SejaTi MADANI Koperasi Luar Bandar 2.0.

Pada 1 Februari 2026, semua Anggota Jawatankuasa Pemantau telah dibawa melawat ke ladang timun dan cili fertigasi iaitu antara projek yang digerakkan di bawah projek SejaTi MADANI oleh Koperasi Usahawan Kuala Tahan Jerantut Berhad.

Kehadiran mereka disambut oleh Pengerusi koperasi berkenaan iaitu Encik Abdul Azam Mat Yassin yang turut membawa meninjau ke tapak pertanian tersebut yang terletak di Kampung Belebar, Kuala Tahan, Jerantut.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine