Satu sesi taklimat melibatkan kerjasama antara pihak RISDA Negeri Pahang dan pihak pengurusan Koperasi Pekebun Kecil Daerah Lipis Berhad berkaitan hala tuju koperasi telah diadakan di Pejabat Koperasi Pekebun Kecil Daerah Lipis Berhad, Kuala Lipis, Pahang pada 3 Mei 2025.
Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Lipis Berhad, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah mengetuai sesi tersebut bersama Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi berkenaan.
Perbincangan tertumpu kepada strategi pembangunan koperasi dan peningkatan peranan pekebun kecil dalam ekonomi setempat.

Pengarah RISDA Negeri Pahang, Encik Abdul Aziz Awang turut berkongsi pandangan dan hala tuju gerakan koperasi pada masa hadapan.
Antara fokus utama perbincangan termasuklah peluang pembangunan ekonomi, pemerkasaan keusahawanan pekebun kecil serta sokongan daripada agensi berkaitan. Semua pihak yang hadir bersetuju untuk terus memperkukuh kerjasama demi manfaat bersama.
Hadir sama dalam sesi perbincangan tersebut ialah Pegawai RISDA Daerah Lipis, Mohd Zulhelmi Ismail.