Thursday, July 31, 2025
HomeAGENSIProgram ANGKASA Meriahkan HKN'25

Program ANGKASA Meriahkan HKN’25

Kempen Derma Darah CoopCare ANGKASA dengan kerjasama Hospital Tampin, Pertandingan Memasak ‘Coop Chef’ ANGKASA Melaka dan Adabi serta Pocket Talk ANGKASA merupakan antara program yang berjaya menarik perhatian dan memeriahkan hari kedua sambutan Hari Koperasi Negara 2025 (HKN’25).

Bertemakan “Koperasi Memperkasa Komuniti, Membina Negara Madani,” HKN’25 anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ANGKASA, Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Bank Rakyat dan Co-op bank Pertama berlangsung selama tiga hari di Melaka International Trade Centre (MITC) bermula 25 hingga 27 Julai 2025 dengan menghimpunkan 240 pempamer seluruh negara serta pelbagai aktiviti menarik.

Seramai 60 orang pengunjung dan petugas HKN’25 telah mengambil bahagian dalam Kempen Derma Darah CoopCare ANGKASA yang dianjurkan secara bersama dengan Pusat Darah Hospital Tampin yang membawa 15 orang petugas.

Sementara itu, Pertandingan Memasak ‘Coop Chef’ ANGKASA Melaka dan Adabi pula berjaya mengumpulkan enam orang peserta dari seluruh negara.

Pada sebelah petang, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Perniagaan Koperasi ANGKASA, Puan Nurul Izatee Md. Yusoff pula telah menyampaikan Pocket Talk ANGKASA bertajuk “Kelestarian dan Transformasi Perniagaan Koperasi” yang menerangkan tentang fungsi dan peranan ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia serta potensi dan peluang yang boleh direbut koperasi dalam pelbagai sektor.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick turut hadir untuk sesi lawatan (walkabout) ke reruai koperasi dan menyampaikan replika cek kepada koperasi yang mengikuti Program Jejak Koperasi.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah juga berkesempatan hadir dan mengadakan sesi lawatan ke reruai koperasi.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine