Seramai 50 penghuni anak yatim dan asnaf Madrasah Tahfiz Raudhatul Baiduri Dengkil, Sepang Selangor serta petugas pembersihan Wisma Radio RTM, Angkasapuri telah diraikan dalam satu majlis berbuka puasa menerusi Program NASIONALfm Ambil Tahu ‘Sinergi Kekuatan” di Putrajaya pada 10 Mac 2025.
ANGKASA yang turut bekerjasama sebagai rakan strategik dalam program tersebut telah menyampaikan sumbangan sebanyak 50 pek barangan asas termasuk makanan ringan. Kesemua pek tersebut telah disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan diterima melalui Pengurus Madrasah Tahfiz Raudhatul Baiduri, Encik Mohd Izaha Ismail.
Selain ANGKASA, tiga wakil rakan strategik lain yang turut memberikan sumbangan ialah Pengarah Real Pixel Sdn. Bhd., Encik Fahami Ashrof Badarudin, wakil Cosway (M) Sdn. Bhd, Encik Khairulanuar Mohd Ghani, wakil Brands, Promotion & Corporate ADABI, Encik Roshidi Zabidi dan Director Islamic Affairs & Government Relation MAMEE, Encik Ahmad Syukry Ibrahim.
Selain juadah berbuka puasa, majlis tersebut turut diserikan dengan rakaman Segmen Raudhah Aidilfitri bertajuk ‘Meraih Ketenangan, Mengukir Keikhlasan’ bersama Ustaz Muhammad Luqman Hakim Othman dan hiburan oleh artis-artis tempatan.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.
#๐๐๐๐๐๐๐#๐๐จ๐จ๐ฉ#๐๐ข๐ญ๐๐๐จ๐ฉ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข#๐๐๐๐ซ๐๐๐จ๐จ๐ฉ๐ฌ#๐๐๐ฃ๐ฎ๐ญ๐๐๐จ๐ค๐จ๐ค๐๐จ๐จ๐ฉ#๐๐๐๐๐๐๐#๐๐๐๐๐#๐๐จ๐จ๐ฉ๐๐ซ๐๐ญ๐ข๐ฏ๐๐ฌ๐๐ฎ๐ข๐ฅ๐๐๐๐๐ญ๐ญ๐๐ซ๐๐จ๐ซ๐ฅ๐