Friday, March 14, 2025
HomeCOOPBIZ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—จ๐—š๐—”๐—ฆ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—” ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก...

๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—จ๐—š๐—”๐—ฆ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—” ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—” ๐—๐—”๐—ฌ๐—”

Petugas barisan hadapan merupakan nadi penting negara yang sentiasa bersedia memberikan komitmen tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab melindungi kesejahteraan komuniti.

Bagi menghargai jasa mereka, ANGKASA menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) CoopCare Rezeki Ramadan ANGKASA 2025/1446H telah mengadakan majlis penyerahan sumbangan barang keperluan harian menerusi Projek BA100 kepada petugas barisan hadapan di Balai Polis Kelana Jaya dan Klinik Kesihatan Kelana Jaya hari ini (8 Mac 2025).

Majlis penyerahan di kedua-dua lokasi itu telah disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Seramai 100 anggota daripada Balai Polis Kelana Jaya telah menerima sumbangan bakul makanan BA100 yang mengandungi produk barangan asas seperti beras, minyak masak dan makanan sampingan. Sumbangan tersebut telah diterima menerusi Ketua Polis Balai (KPB) Kelana Jaya, ASP Mazli Jusoh @ Che Kob.

Petugas Klinik Kesihatan Kelana Jaya juga turut menerima 100 bakul makanan BA100 dan diterima menerusi Pegawai Perubatan yang menjaga U14, Klinik Kesihatan Kelana Jaya, Dr. Mohd Muhaimin Abdullah.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato ‘ Haji Mohd Alias Hamzah dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

#๐€๐๐†๐Š๐€๐’๐€#๐‚๐จ๐จ๐ฉ#๐Š๐ข๐ญ๐š๐Š๐จ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข#๐–๐ž๐€๐ซ๐ž๐‚๐จ๐จ๐ฉ๐ฌ#๐’๐ž๐ฃ๐ฎ๐ญ๐š๐๐จ๐ค๐จ๐ค๐‚๐จ๐จ๐ฉ#๐ˆ๐˜๐‚๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“#๐€๐’๐„๐€๐#๐‚๐จ๐จ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ญ๐ข๐ฏ๐ž๐ฌ๐๐ฎ๐ข๐ฅ๐๐€๐๐ž๐ญ๐ญ๐ž๐ซ๐–๐จ๐ซ๐ฅ๐

#๐ค๐จ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š๐ค๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ ๐š๐ญ

Previous article
Next article
ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine