Friday, March 14, 2025
HomeAKTIVITI๐—ž๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐— ๐—ž ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ž๐—˜๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—›๐—”๐—› ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐—— ๐—๐—”๐——๐—œ ๐—ž๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐——๐—จ๐—” ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—œ...

๐—ž๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐— ๐—ž ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ž๐—˜๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—›๐—”๐—› ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐—— ๐—๐—”๐——๐—œ ๐—ž๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐——๐—จ๐—” ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—›๐—”๐—ก ๐—ฅ๐— ๐Ÿฎ ๐—๐—จ๐—ง๐—”

ANGKASA mengucapkan syabas dan tahniah kepada Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kemuning Shah Alam Berhad atas kejayaannya mencapai perolehan melebihi RM2 juta pada tahun 2024.

Menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, kejayaan tersebut menandakan koperasi tersebut menjadi koperasi sekolah kedua yang mencapai perolehan melebihi RM2 juta, selepas Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad pada tahun 2023.

โ€œSetakat ini, sebanyak 38 buah koperasi sekolah di seluruh Malaysia telah mencapai perolehan RM1 juta dan sembilan daripadanya adalah dari negeri Selangor.

Kami menyasarkan sekurang-kurangnya 50 buah koperasi sekolah akan mencapai perolehan RM1 juta menjelang akhir tahun ini.โ€

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Program Peluncuran Aspirasi 1 Juta Koperasi Sekolah Negeri Selangor 2025: Barangan BA100 di SMK Kota Kemuning, Shah Alam pada 26 Februari 2025.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan koperasi sekolah dalam melahirkan pelapis usahawan muda dan pemacu kejayaan sosioekonomi negara.

โ€œKoperasi sekolah menyediakan asas kukuh untuk pelajar menjadi usahawan berjaya, sekali gus menggalakkan budaya keusahawanan dalam kalangan generasi muda,โ€ katanya.

Beliau juga yakin gerakan koperasi sekolah di Malaysia, yang kini menyumbang hampir RM500 juta daripada keseluruhan RM64.6 bilion, berpotensi meningkatkan perolehan kepada RM1 bilion menjelang tahun 2030, selaras dengan Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030).

Sebelum itu, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Datoโ€™ Haji Mohd Alias Hamzah dalam ucapannya berkata bahawa kejayaan Koperasi SMK Kota Kemuning Shah Alam Berhad serta koperasi lain di Selangor adalah hasil daripada kerjasama erat antara koperasi, ANGKASA dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Sementara itu, Pengetua Cemerlang merangkap Pengerusi Koperasi SMK Bukit Kemuning Berhad, Encik Mohd Fauzi Zailan dalam ucapan aluannya berkata, perolehan koperasi sekolah meningkat secara mendadak sejak mereka mengambil alih operasi kedai buku sekolah. Pada tahun 2022, perolehan koperasi adalah sebanyak RM1.18 juta, meningkat kepada RM1.5 juta pada tahun 2023 dan akhirnya mencapai RM2.15 juta pada tahun 2024.

โ€œSaya juga telah mengambil langkah drastik dengan mengamalkan pengurusan yang lebih sistematik, termasuk merombak ahli lembaga koperasi, mengadakan lawatan penanda aras koperasi serta menjalin kerjasama dengan pelbagai syarikat swasta bagi menawarkan lebih nilai dan pilihan kepada pelajar,โ€ jelasnya.

Majlis tersebut turut menyaksikan pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Koperasi SMK Kota Kemuning Shah Alam Berhad dengan syarikat Axia Saujana (M) Sdn. Bhd. bagi jualan produk kopi dan susu jenama Pablo Dollah serta DMG Food Industries Sdn. Bhd. bagi jualan produk biskut.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Encik Yusaini Salleh, Penolong Pegawai Sektor Pembangunan Bakat Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Klang, Encik Suhaimi Shamsudin, Pengerusi Axia Saujana (M) Sdn. Bhd., Datuk Mohd Zamri Mazleh, Pengarah Axia Saujana (M) Sdn. Bhd., Datoโ€™ Dollah Salleh dan Pengarah DMG Food Industries Sdn. Bhd., Datuk Hassan Saad.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine