Seramai 50 anak-anak yatim dari dua pusat kebajikan di sekitar Kuala Lumpur telah diraikan dalam satu majlis berbuka puasa anjuran Konsortium Koperasi Wanita Malaysia Berhad (KOWIMA) bersama Koperasi Usahanita Kuala Lumpur Berhad (KUKLB) dan Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI) di Taman Melati, Kuala Lumpur pada 12 Mac 2025.
Dua buah rumah kebajikan itu adalah Rumah Kebajikan Asnaf Al Barakah dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidati Khadijah yang menerima zakat wakalah berjumlah RM10,000. Anak-anak yatim tersebut turut menerima sumbangan duit raya dan kotak rezeki.
Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang hadir dalam majlis tersebut berkata, peranan wanita mampu memberi impak besar serta memberi saingan kepada koperasi yang diterajui oleh golongan lelaki.
Menurut beliau, KOWIMA berjaya membuktikan bahawa golongan wanita di negara ini mempunyai kesungguhan yang tinggi untuk berjaya dalam kegiatan koperasi dan perlu terus melakukan transformasi secara berstruktur serta sistematik bagi menjana lebih keuntungan sekali gus memberi faedah kepada anggota.
Terdahulu, Pengerusi KOWIMA merangkap Pengerusi KUKLB, Hajah Rozilah Mohd Tahir berkata, program murni tersebut yang menjadi agenda tahunan konsortium bertujuan menyantuni dan berkongsi rezeki bersama mereka yang kurang bernasib baik.
Tetamu turut berpeluang mendengar tazkirah sempena bulan ramadan yang disampaikan oleh Pegawai Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Uztaz Aiman Ghazali bertajuk ‘Ibrah Ramadan’.
Hadir sama dalam majlis berbuka puasa itu ialah Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita ANGKASA, Hajah Noorizan Abdul Latif.
#๐๐๐๐๐๐๐#๐๐จ๐จ๐ฉ#๐๐ข๐ญ๐๐๐จ๐ฉ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข#๐๐๐๐ซ๐๐๐จ๐จ๐ฉ๐ฌ#๐๐๐ฃ๐ฎ๐ญ๐๐๐จ๐ค๐จ๐ค๐๐จ๐จ๐ฉ#๐๐๐๐๐๐๐#๐๐๐๐๐#๐๐จ๐จ๐ฉ๐๐ซ๐๐ญ๐ข๐ฏ๐๐ฌ๐๐ฎ๐ข๐ฅ๐๐๐๐๐ญ๐ญ๐๐ซ๐๐จ๐ซ๐ฅ๐