Friday, March 14, 2025
HomeAKTIVITI๐—ฌ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—”๐—›๐—จ ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฆ๐—”๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—œ๐—Ÿ๐— ๐—จ ๐—ž๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ

๐—ฌ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—”๐—›๐—จ ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฆ๐—”๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—œ๐—Ÿ๐— ๐—จ ๐—ž๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ

Yayasan ANGKASA bukan sahaja komited dalam melahirkan graduan berkualiti khususnya dalam sektor koperasi, malah program tambahan berkaitan pengurusan koperasi yang dikendalikannya dapat memberikan ilmu pengetahuan tambahan sekali gus membolehkan mereka lebih mudah mendapat pekerjaan di koperasi atau memulakan koperasi sendiri.

Demikian dinyatakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika berucap dalam Perasmian Kursus Pensijilan Pengurusan Koperasi dan Bimbingan Kerjaya dan Keusahawanan Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi sesi 2024 di Kuala Lumpur pada 23 Februari 2025.

Menurut beliau, sokongan pelajar dalam program tersebut sangat penting bagi memastikan Yayasan ANGKASA terus berkembang dan dapat memainkan peranan secara lebih signifikan bagi membentuk generasi koperasi yang lebih seimbang dan berdaya maju.

โ€œKursus ini selari dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan pembentukan insan yang berilmu, berakhlak mulia, serta memiliki daya kepimpinan dan semangat kerja berpasukan. Kursus ini turut memperkenalkan sektor koperasi sebagai salah satu komponen penting dalam ekonomi negara.โ€ katanya.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berharap agar para peserta dapat berkongsi ilmu serta mempromosikan peranan koperasi kepada rakan-rakan dan masyarakat. Mereka merupakan ‘duta kecil’ yang membawa semangat dan misi ANGKASA dalam memperkasakan gerakan koperasi.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Tuan Haji Onn Abu Bakar menyatakan bahawa IKMa sentiasa komited dalam merangsang pembangunan pendidikan koperasi serta memastikan sektor koperasi berkembang kukuh dan teratur.

โ€˜Sebagai Pengerusi IKMa, saya menyokong penuh setiap inisiatif yang dapat meningkatkan martabat warga koperasi, termasuk ahli dan generasi muda dalam komuniti ini. Kajian serta ilmu pendidikan yang diterapkan kepada warga koperasi diharap dapat mewujudkan sektor yang berdaya tahan dan berdaya saing.โ€™

Seramai 90 peserta dari pelbagai universiti awam di Malaysia telah menyertai kursus ini sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi alam kerjaya.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah Pusat Pembangunan Koperasi Mewakili Ketua Pengarah IKMa, Puan Norbiha Kosmuri @ Kasmuri, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Haji Nasir Khan Yahaya, Datoโ€™ Haji Zazali Haron, Datoโ€™ Hajah Rosni Haji Zahari dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain.

Previous article
Next article
ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine