Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berbesar hati menyampaikan sejumlah 300 Kit Ramadan dan Sumbangan BA100 kepada pengamal media Sinar Karangkraf pada 9 Mac 2026.
Sesi penyerahan yang diadakan di Sinar Karangkraf, Shah Alam itu telah terima melalui Ketua Pengarang Sinar Karangkraf, Encik Zamri Rambli.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata, sumbangan tersebut adalah bersempena Program Coop Care Rezeki Ramadan ANGKASA 2026/1447H yang menjadi program tradisi tahunan ANGKASA sebagai tanda penghargaan atas komitmen pengamal media dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
Selain mengeratkan hubungan kedua-dua pihak, ANGKASA turut menghargai peranan media yang menyebarkan berita sahih dan bermanfaat khususnya mengenai gerakan koperasi di samping mempromosikan peranan ANGKASA kepada umum.
Hadir sama ialah Pengurus Besar Revenue Growth Department Sinar Karangkraf, Encik Airol Fadley Limin, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dan Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas kepada Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.












