Tuesday, March 10, 2026
HomeAKTIVITICoop Care Rezeki Ramadan Santuni Petugas Media Astro Awani

Coop Care Rezeki Ramadan Santuni Petugas Media Astro Awani

Sebanyak 100 pek barangan keperluan harian telah disumbangkan oleh ANGKASA kepada petugas Astro Awani bertempat di pusat media Astro di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 9 Mac 2026.

Sumbangan khas bersempena Program Coop Care Rezeki Ramadan ANGKASA 2026/1447H itu telah disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah kepada petugas media diketuai Editor Eksekutif Kanan Astro Awani, Puan Hafidah Samat dan diiringi Editor Audio Visual, Haji Nazri Kahar.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas kepada Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Program Coop Care Rezeki Ramadan ANGKASA merupakan salah satu program tahunan khusus buat pengamal media sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine