Warga ANGKASA disajikan dengan Program Siri Bicara Minda ANGKASA Sesi 3/2025 yang berlangsung di Auditorium Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 17 November 2025.
Program tersebut bertajuk “Mengurus Kewangan, Mengurus Amanah” disampaikan oleh Pengerusi Khadijah International Waqf (L) Foundation, Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir.
Beliau berkongsi pengalaman, bagaimana untuk menguruskan kewangan supaya kita boleh hidup dalam keadaan tenang. Buku beliau bertajuk GPS Kewangan memberi garis panduan diri kita bagi mengelakkan kehidupan daripada terbelenggu dengan status muflis terutama pada usia yang muda.
“Misalnya, perceraian boleh berlaku bila-bila masa sekiranya kewangan tidak bijak diuruskan. Pinjaman yang dibuat biarlah berbaloi dan elakkan daripada menanggung riba’ sehingga terlalu lama. “
Menurut Perancangan Kewangan Islam warga ANGKASA turut diberi beberapa tips bagaimana untuk menguruskan kewangan serta perbelanjaan dan juga hutang secara berhemah.
Hadir sama pada program tersebut ialah Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib-naib Presiden ANGKASA yang terdiri daripada, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah, Anggota Lembaga ANGKASA (Wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Encik Azizul Alias, Pengerusi ANGKASA Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Puan Sharifah Aminah Syed Mohssain, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Dato’ Shaharudin Mohd. Sa’ad serta barisan pengurusan kanan ANGKASA.







