Saturday, August 2, 2025
HomeAGENSIKUSKOP Terima Kunjungan Hormat Delegasi Timor Laste dan Arab Saudi

KUSKOP Terima Kunjungan Hormat Delegasi Timor Laste dan Arab Saudi

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick telah menerima kunjungan hormat delegasi Timor Leste yang diketuai Secretary of State for Cooperatives (SECoop), Tuan Yang Terutama Arsenio Pereira da Silva di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor pada 13 Mei 2025.

Pertemuan itu bertujuan untuk membincangkan peluang kerjasama antara Malaysia dengan Timor Leste dalam pembangunan sektor koperasi di republik tersebut. Berdasarkan statistik semasa, Timor Leste mempunyai sebanyak 457 koperasi berdaftar termasuk lebih 127 koperasi kredit dan 325 koperasi pengeluar serta peruncitan, dengan majoritinya berpusat di Dili. Seramai 118,000 koperator terlibat dalam gerakan koperasi di negara berkenaan.

KUSKOP yang diketuai Timbalan Ketua Setiausahanya, Puan Noor Afifah Abdul Razak (lima dari kanan) bergambar bersama delegasi dari Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial Arab Saudi yang diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kementerian Pembangunan Masyarakat, Mr. Ahmed Saleh Al-Majed (lima dari kiri).

Selain meneroka kerjasama dua hala, pertemuan tersebut turut membincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh SECoop Timor Leste dalam menyokong usaha advokasi gerakan koperasi yang sedang diterajui oleh Malaysia agar ia dapat diangkat sebagai agenda utama ASEAN. Kedua-dua pihak juga menyentuh potensi pembinaan rantaian hubungan dan perdagangan koperasi antara dua negara.

Seterusnya, KUSKOP menerusi Timbalan Ketua Setiausahanya, Puan Noor Afifah Abdul Razak menerima kunjungan hormat delegasi dari Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial Arab Saudi yang diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kementerian Pembangunan Masyarakat, Mr. Ahmed Saleh Al-Majed.

Turut hadir ialah Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Datuk Rusli Jaafar, Ketua Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd Ali Mansor dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine