Saturday, August 2, 2025
HomeAKTIVITIPerkukuh Kecekapan dalam Pengurusan Projek, Penuhi Aspirasi ANGKASA

Perkukuh Kecekapan dalam Pengurusan Projek, Penuhi Aspirasi ANGKASA

Inisiatif ANGKASA untuk meningkat dan memperkukuhkan tahap kecekapan dalam pengurusan projek pembangunan berimpak tinggi sangat perlu bagi meningkatkan keyakinan rakan strategik, koperasi anggota serta pihak berkepentingan.

Selain memenuhi aspirasi ANGKASA, pengurusan projek yang bersifat profesional dan berdaya tahan itu juga akan dapat membangunkan ekonomi koperasi seterusnya memberi manfaat kepada komuniti secara keseluruhan.

Demikian dinyatakan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika merasmikan Majlis Penutupan Sesi Libat Urus Pembangunan Garis Panduan Pengurusan Projek ANGKASA bertempat di Subang Jaya, Selangor pada 20 Julai 2025.

Beliau dalam ucapannya mahu Garis Panduan Pengurusan Projek ANGKASA dapat mencapai sasaran Peningkatan Pendapatan ANGKASA iaitu mengurangkan kebergantungan pendapatan daripada potongan gaji sahaja iaitu sasaran 60:40 (60 peratus pendapatan daripada aktiviti perniagaan dan 40 peratus daripada pendapatan potongan gaji).

Bengkel anjuran Seksyen Pengurusan Projek ANGKASA (APMO), Bahagian Pengurusan Strategik itu diadakan selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Julai 2025 dan merupakan kesinambungan daripada Sesi Libat Urus yang sama pada 11 April 2025 lalu dan disertai 30 orang yang terdiri daripada barisan barisan pengurusan kanan ANGKASA, barisan Pengurus Besar/Pengurus Kanan serta Pengurus/Penolong Pengurus.

Pelaksanaan bengkel tersebut bertujuan menyediakan garis panduan yang lengkap dan praktikal bagi pengurusan projek di ANGKASA sebagai rujukan di samping menyeragamkan amalan terbaik projek merangkumi Fasa Permulaan, Fasa Perancangan, Fasa Pelaksanaan & Kawalan dan Fasa Penamatan.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine