Wednesday, March 18, 2026
HomeAKTIVITIANGKASA Sumbang 200 Pek Barangan Asas Kepada Warga MBPJ, PPUM

ANGKASA Sumbang 200 Pek Barangan Asas Kepada Warga MBPJ, PPUM

Menjelang Syawal, ANGKASA terus mempergiat usaha kebajikan dalam menyantuni golongan memerlukan.

Menerusi Program CSR CoopCare Rezeki Ramadan ANGKASA 2026/1447H, ANGKASA menyampaikan sumbangan sebanyak 100 pek barangan asas kepada kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam satu majlis di ibu pejabat MBPJ, Petaling Jaya pada 17 Mac 2026.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa. Hadir sama ialah Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Haji Mohamad Zahri Haji Samingon, Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Encik Aznan Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JKAN) Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dan Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Sementara itu, program sama turut diteruskan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Lembah Pantai dengan penyampaian 100 pek barangan asas kepada kakitangan hospital berkenaan.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Pengerusi JKAN Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan) PPUM (Mengawasi Tugas Pengarah), Dr. Mohmmad Salleh Yahya, Timbalan Pengarah Klinikal (Surgikal) PPUM, Prof. Dr. Nor’azim Mohd Yunos, Timbalan Pengarah Ikhtisas, Puan Nur Azrida Azhari Wasi dan Ketua Jabatan Perhubungan Korporat PPUM, Puan Lily Suria Mohd Zain.

Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen berterusan ANGKASA dalam memperkasa agenda tanggungjawab sosial korporat (CSR), khususnya dalam menyantuni komuniti dan membantu golongan memerlukan membuat persiapan menjelang Aidilfitri.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine