HomeAGENSICOOPFEST 2026 Pemangkin Pemerkasaan Keusahawanan dan Pertumbuhan Koperasi

COOPFEST 2026 Pemangkin Pemerkasaan Keusahawanan dan Pertumbuhan Koperasi

Karnival Keusahawanan Koperasi 2026 (COOPFEST 2026) yang berlangsung selama dua hari di Kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kota Bharu, menjadi platform strategik bagi memperkukuh peranan koperasi dalam pembangunan ekonomi serta memperluas jaringan kerjasama antara koperasi, usahawan dan institusi akademik.

Naib Presiden ANGKASA, Haji Zaharuddin Haji Alias yang hadir mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Haji Abdul Fattah Abdullah dalam program berkenaan pada 21 Oktober 2026 menegaskan bahawa gerakan koperasi bukan sekadar wadah ekonomi, malah berteraskan prinsip kerjasama, kebersamaan dan manfaat bersama demi kesejahteraan anggota serta masyarakat.

Beliau juga menekankan kepentingan koperasi membina keupayaan dan memperkukuh potensi anggota dalam meneroka peluang perniagaan yang berdaya maju, mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau lagi, koperasi perlu berfikir secara strategik, bertindak secara profesional dan bersaing dengan penuh keyakinan bagi memastikan perniagaan koperasi kekal relevan, berdaya tahan dan mampu berkembang dalam persekitaran ekonomi yang semakin mencabar.

Haji Zaharuddin berharap agar COOPFEST 2026 menjadi pemangkin kepada pembentukan koperasi yang lebih dinamik, profesional dan berorientasikan pertumbuhan di samping membuka ruang kepada penerokaan peluang perniagaan serta kerjasama strategik yang lebih luas.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail; Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan UMK, Prof. Dr. Dzulkifli Mukhtar; Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JKAN) Kelantan, Haji Wan Zain Wan Ismail; Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Kelantan, Dr. Akram Hasan dan Pengarah AURA, Dr. Siti Amaliya Mohd Radyi.

Penganjuran COOPFEST 2026 diharap dapat terus memperkukuh ekosistem keusahawanan koperasi, merancakkan perkongsian ilmu dan pengalaman serta melahirkan koperasi yang berdaya saing, inovatif dan mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi negara.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine