HomeAGENSIPresiden ANGKASA Tinjau Reruai Pameran HKN'26

Presiden ANGKASA Tinjau Reruai Pameran HKN’26

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkesempatan mengadakan sesi lawatan (walkabout) ke beberapa reruai pameran sempena Sambutan Hari Koperasi Negara 2026 (HKN’26) di PICCA @ Butterworth Arena, Pulau Pinang hari ini (4 Julai 2026).

Lawatan tersebut memberi peluang kepada beliau meninjau pelbagai produk dan perkhidmatan yang dipamerkan oleh koperasi serta agensi berkaitan, selain beramah mesra dengan peserta pameran dan pengunjung.

Sepanjang lawatan itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut meluangkan masa mendengar penerangan mengenai pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh koperasi dalam memperkasa sektor ekonomi, keusahawanan, pendigitalan serta pembangunan komuniti.

Turut mengiringi beliau ialah Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Dato’ Dr. Haji Nasaruddin Othman dan Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA (menanggung tugas jawatan Pengurus Besar Kanan, Kumpulan Tadbir Urus dan Pentadbiran ANGKASA), En. Halim Haji Ibrahim.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine