HomeAGENSIKabin Bantu Tingkatkan Ekonomi Koperasi dan Kariah Setempat

Kabin Bantu Tingkatkan Ekonomi Koperasi dan Kariah Setempat

ANGKASA optimis kabin perniagaan yang disumbangkan kepada Koperasi Kariah Masjid bukan sahaja boleh dijadikan sebagai pusat aktiviti ekonomi yang mampu menjana pendapatan, malah dapat membuka peluang pekerjaan selain memperkukuhkan kedudukan ekonomi anggota kariah serta komuniti setempat.

Demikian menurut Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail sewaktu berucap mewakili Presiden ANGKASA di Majlis Perasmian Pembukaan Koperasi Kariah Masjid Al-Falah Kepayan Berhad di Kota Kinabalu pada 25 Oktober 2026.

Penyerahan kabin perniagaan kepada Koperasi Kariah Masjid bawah Program Pemerkasaan Koperasi Kariah Masjid Luar Bandar (DESA) itu merupakan satu inisiatif bagi membantu koperasi mengembangkan pelbagai aktiviti ekonomi seperti kedai runcit, perniagaan makanan, perkhidmatan komuniti, pemasaran produk tempatan dan pelbagai lagi inisiatif yang bersesuaian dengan keperluan komuniti setempat.

Lebih penting, kemudahan tersebut dapat membuka ruang kepada kariah untuk turut bersama-sama menjana pendapatan sekali gus memperkukuhkan ekonomi keluarga dan meningkatkan taraf hidup masyarakat.

“Saya percaya, koperasi yang mempunyai kemudahan yang sesuai serta pengurusan yang berintegriti mampu berkembang menjadi sebuah organisasi yang bukan sahaja berjaya dari sudut perniagaan, malah menjadi institusi yang boleh membawa manfaat kepada seluruh komuniti.

Keuntungan yang dijana akhirnya akan kembali kepada anggota melalui pelbagai bentuk kebajikan, pendidikan dan pembangunan ekonomi”,jelas beliau.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah,  Puan Nur Suri Bt Kassim, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Bin Gulamrasul, Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid ANGKASA, Mohd Safian Abdul Rahman dan Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Al-Falah Kepayan Berhad, Haji Abdul Malek Chua.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine