Saturday, August 2, 2025
HomeAKTIVITIPresiden ANGKASA Ziarah Anggota JKAN Negeri Sembilan Yang Mengalami Masalah Kesihatan

Presiden ANGKASA Ziarah Anggota JKAN Negeri Sembilan Yang Mengalami Masalah Kesihatan

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah menziarahi Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri Sembilan (JKAN), Encik Mohd Faiz Mohd Zin yang sedang mengalami masalah kesihatan di kediamannya di Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan pada 2 Jun 2025.

Encik Mohd Faiz, 40, yang juga Pengerusi Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad, dimasukkan ke Hospital Melaka pada 26 April 2025 selepas mengalami komplikasi kesihatan serius.

Beliau disahkan menghidap acute pontine bleed with hydrocephalus akibat hypertensive emergency dan kini menunjukkan tahap pemulihan kesedaran (GCS) yang rendah.

Dalam kunjungan tersebut, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut menyampaikan kata-kata semangat dan mendoakan agar Encik Mohd Faiz diberikan kekuatan serta kesembuhan sepenuhnya oleh Allah SWT

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine