Tuesday, March 3, 2026
HomeAKTIVITIProjek Eco-Marine Tourism: Peluang Ekonomi Baharu Koperasi di Pulau Pinang

Projek Eco-Marine Tourism: Peluang Ekonomi Baharu Koperasi di Pulau Pinang

Kerjasama My Ancasa Travel dan Forest Island telah membuka lembaran baharu dalam sektor pelancongan marin negara, khususnya buat koperasi di Pulau Pinang.

Menerusi Projek Eco-Marine Tourism, kedua-dua belah pihak akan bekerjasama dalam memperkenalkan pakej pelancongan berasaskan alam marin yang unik dan eksklusif, menyokong pemeliharaan biodiversiti laut dan memberi pengalaman pendidikan alam sekitar kepada pelancong.

Demikian dinyatakan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu menyampaikan ucapan sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara My Ancasa Travel dan Forest Island bertempat di platform Forest Island, Pulau Pinang pada 16 Ogos 2025.

Menurut beliau, Pulau Pinang semenangnya terkenal sebagai antara destinasi warisan dunia, pusat gastronomi dan tarikan budaya. Melalui usaha Eco-Marine Tourism, secara tidak langsung dapat mewujudkan daya tarikan baharu iaitu pelancongan laut bertaraf antarabangsa.

Justeru, kerjasama tersebut akan dapat membuka peluang kepada lebih banyak aktiviti pelancongan baharu termasuk sukan air, pelayaran, program pendidikan alam sekitar, lawatan berpandu serta aktiviti marin mesra alam.

“Projek ini bukan sahaja mampu menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa, malah dapat memberi peluang kepada koperasi untuk meneroka bidang pelancongan, maritim, pengurusan acara dan hospitaliti pada masa yang sama.

Dua buah bot persiaran iaitu sebuah dari jenis katamaran dan sebuah lagi bot pelayaran digunakan untuk membawa pengunjung berlayar di sekitar perairan negeri ini.

Dengan modal sebanyak RM2 juta yang sebahagian pembiayaannya disokong oleh kerajaan dan sumbangan daripada ANGKASA serta koperasi yang terlibat. Saya yakin pulangan keuntungan iaitu antara lapan hingga 10 peratus mampu dicapai dalam masa tiga tahun”, ujar beliau.

Selain Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, majlis menandatangani MoU tersebut turut disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan, Pembangunan Koperasi Pulau Pinang, YB Tuan Fahmi Zainol dan Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Mohd Jamil Othman.

Hadir sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato’ Haji Kamaruddin Ismail, Pengerusi Koperasi Perdasama Pulau Pinang Berhad, Encik Malik Faisal Abdul Rahim, Pengarah SKM Pulau Pinang, Dr. Hajah Zainab A. Raman, Pengarah MOTAC Pulau Pinang, Dr. Annuar Mohamed, Pengerusi Forest Eco Sdn. Bhd., Encik Alvin Poh serta barisan Jawatankuasa ANGKASA Negeri Pulau Pinang.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine