Tuesday, March 3, 2026
HomeAKTIVITIANGKASA Selangor Raikan Penerima Wakalah Zakat dan Pemenang Petanque 2025

ANGKASA Selangor Raikan Penerima Wakalah Zakat dan Pemenang Petanque 2025

ANGKASA Negeri Selangor telah menganjurkan Majlis Penyerahan Sijil Penerima Wakalah Agihan Zakat ANGKASA 2023 dan Majlis Meraikan Pemenang Kejohanan Petanque ANGKASA Selangor 2025 pada 17 September 2025 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Telus, ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor.

Majlis penyerahan Sijil Penerima Wakalah Agihan Zakat ANGKASA 2023 telah disempurnakan oleh Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dengan melibatkan 12 wakil koperasi dari negeri Selangor.

Dalam majlis yang sama, 4 wakil koperasi pasukan petanque dari Selangor turut menerima wang saku berjumlah RM540 setiap pasukan sebagai persediaan untuk mewakili negeri ke Kejohanan Petanque ANGKASA peringkat kebangsaan tahun 2025 di Kuala Kangsar, Perak.

Majlis ini mencerminkan usaha ANGKASA dalam memperkukuh peranan koperasi bukan sahaja dalam pembangunan sosioekonomi tetapi juga dalam aktiviti sukan dan kebajikan masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine