Satu Majlis Peluncuran Projek Ternakan Ikan Keli Koperasi Kariah Masjid Ubudiah Mukim Belimbing Tanah Merah Berhad telah disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bertempat di Kampung Padang Bongor, Tanah Merah Kelantan pada 20 Disember 2025.
Pelaksanaan ternakan ikan keli di bawah Projek Sejati Madani Koperasi Luar Bandar itu merupakan salah satu projek di bawah inisiatif kerajaan dan dikawal selia oleh ANGKASA ke arah memperkukuhkan kesejahteraan komuniti setempat melalui projek ekonomi oleh koperasi.
Menerusi projek tersebut, sebanyak 20,000 ekor keli jenis Afrika diternak dalam satu pusingan selama empat bulan. Hasil ternakan dijual sepenuhnya oleh koperasi kepada komuniti setempat dengan harga jualan sebanyak RM10 sekilo.
Selain dapat menjadikan projek tersebut sebagai salah satu sumber ekonomi baharu koperasi, pendapatan yang terhasil dapat mengukuhkan lagi peranan koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti.
Hadir sama pada majlis peluncuran tersebut ialah Naib Presiden merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Pembangunan ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JKAN) Kelantan, Tuan Haji Wan Mohamad Zain Wan Abdullah, Pengerusi JKAN Terengganu, Tuan Haji Mohamed Yusoff, Pegawai Wilayah SKM
(Wilayah Pasir Mas/ Tumpat/Tanah Merah), Encik Mahasan Ismail
dan Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Ubudiah Mukim Belimbing Tanah Merah Berhad, Tuan Haji Shaipudin Haji Mohd Zain.













