Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah telah menyempurnakan majlis pelepasan Konvoi Trans ASEAN Madani Tahun Melawat Malaysia 2026 menuju ke Laos di perkarangan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand pada 5 Januari 2026.
Sebelum itu, majlis pelepasan konvoi yang merentasi bandar Songkhla menuju ke Bangkok telah diadakan di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla Thailand dan disempurnakan oleh Konsulat Malaysia, En. Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi.
Semasa di Bangkok, peserta sempat berkunjung ke Chatuchak Market bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 serta mengagihkan cenderamata Visit Malaysia 2026.
Konvoi Trans ASEAN Madani Tahun Melawat Malaysia 2026 merupakan anjuran bersama Persatuan Alumni Program Persahabatan ASEAN–Jepun Abad Ke 21, Malaysia (PAMAJA), ANGKASA, Koperasi Perumahan Awam Malaysia Berhad (KOPAMA), ASEAN Co-operative Organization (ACO) dan ASEAN-Japan Friendship Association for the 21st Century (AJAFA) dan berlangsung dari 31 Disember 2025 hingga 16 Januari 2026.
Konvoi itu merentasi perjalanan sepanjang kira-kira 7,200 kilometer melibatkan empat buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Laos dan Kemboja.






















