Tuesday, October 14, 2025
HomeFOKUS๐€๐๐†๐Š๐€๐’๐€ - ๐€๐‹๐๐’ ๐†๐ฅ๐จ๐›๐š๐ฅ ๐‡๐จ๐ฅ๐๐ข๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐ ๐‘๐š๐ง๐œ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐š๐ฌ ๐๐š๐ฌ๐š๐ซ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐ค๐ž ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ...

๐€๐๐†๐Š๐€๐’๐€ – ๐€๐‹๐๐’ ๐†๐ฅ๐จ๐›๐š๐ฅ ๐‡๐จ๐ฅ๐๐ข๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐ ๐‘๐š๐ง๐œ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐š๐ฌ ๐๐š๐ฌ๐š๐ซ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐ค๐ž ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐€๐’๐„๐€๐

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah mengadakan kunjungan rasmi ke pejabat urusan ALPS Global Holding Berhad yang terletak di The Icon, Kuala Lumpur pada hari ini (2 Oktober 2025).

Tujuan utama kunjungan tersebut adalah untuk membincangkan mengenai peluang pembangunan perniagaan serta potensi kerjasama strategik antara ANGKASA, ALPS Global Holding Berhad dan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd.

Menurut beliau, perbincangan ini diharap dapat membuka ruang kerjasama yang lebih luas pada masa hadapan.

Katanya lagi, kerjasama yang dirancang bukan sahaja terhad di peringkat nasional, malah berpotensi untuk diperluaskan ke pasaran ASEAN.

Hal ini selaras dengan kedudukan beliau sebagai Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), dan mahu supaya dapat mempromosikan inisiatif yang ada kepada koperasi di rantau ASEAN.

Dalam sesi kunjungan tersebut, Pengarah Urusan ALPS Global Holding Berhad, Dr. Tham Seng Kong turut membentangkan pembentangan mengenai ALPS Global Holding Berhad. Pembentangan itu memberi gambaran menyeluruh tentang operasi, visi, dan potensi masa depan syarikat.

Kunjungan diakhiri dengan komitmen bersama untuk meneroka lebih banyak peluang strategik yang boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada pihak terlibat, malah kepada gerakan koperasi di Malaysia dan rantau ASEAN.

Turut hadir ialah Penasihat ALPS Global Holding Berhad, Tan Sri Datoโ€™ Sri Ong Tee Keat, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Datoโ€™ Haji Mohd Alias Hamzah dan Pengurus MyANGKASA Holdings Sdn Bhd, Encik Amiruddin Abdullah.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine