Saturday, August 2, 2025
HomeAKTIVITIACD 2025 - Pemangkin Kewujudan Dasar Koperasi ASEAN yang Lebih Mantap

ACD 2025 – Pemangkin Kewujudan Dasar Koperasi ASEAN yang Lebih Mantap

Penganjuran ASEAN Co-operative Dialogue (ACD 2025) bakal menjadi pemangkin kepada wujudnya dasar koperasi ASEAN yang lebih mantap.

Dasar tersebut khususnya akan melibatkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk sosioekonomi, sekuriti makanan, pendidikan keusahawanan dan ekonomi digital.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datoโ€™ Sri Khairul Dzaimee Daud berkata, inisiatif kerajaan menerusi penganjuran dialog tersebut diharap membuka ruang kerjasama rentas sempadan yang dapat menyediakan medan perkongsian pengalaman serta amalan terbaik dalam pengurusan koperasi.

Katanya, aktiviti koperasi di peringkat ASEAN sering dikaitkan secara tradisi dengan sektor pertanian luar bandar dan walaupun sektor itu dianggap penting, hakikatnya gerakan koperasi pada hari ini telah berkembang pesat merentasi pelbagai bidang termasuk kewangan, pelancongan, logistik, penjagaan kesihatan, perumahan serta pendidikan.

โ€œSebagai contoh, di Malaysia sahaja terdapat keanggotaan melebihi 7 juta orang serta 65 juta seluruh ASEAN. Sekiranya kekuatan ini digembleng bersama, sudah pasti kita dapat membentuk satu jaringan ekonomi rakyat yang besar dan berdaya tahan sekali gus menyokong agenda ASEAN Community Vision 2025, terutama dalam elemen socio-cultural community.

โ€œDengan lebih 16,000 koperasi berdaftar di Malaysia dan keanggotaan melebihi 7 juta orang, koperasi harus menjadi antara sektor teras dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara serta kesejahteraan sosial rakyat.

Dalam hal ini, sudah pasti koperasi mempunyai kapasiti untuk menjana peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan isi rumah, serta merapatkan jurang ekonomi di kawasan bandar dan luar bandar,โ€ ujarnya ketika berucap pada Majlis Pra Peluncuran dan Sidang Media ASEAN Co-operative Dialogue (ACD 2025) bertempat di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 4 Mei 2025.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah, Timbalan Ketua Setiusaha (Pembangunan Usahawan), Datuk Haji Zamri Salleh, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Siti Azlin Ahmad Dauta, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar dan Pembangunan) SKM, Haji Azam Sulaiman, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan dan Perundingan Koperasi Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Encik Mohamad Rasydi Abd. Rashid dan Naib Canselor Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia, Prof. Datoโ€™ Dr. Azali Mohamed.

Terdahulu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyatakan bahawa penganjuran ACD 2025 bakal meletakkan gerakan koperasi pada peringkat yang lebih tinggi dalam agenda ASEAN sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada pengukuhan jaringan ekonomi serantau.

Beliau yang juga Presiden ASEAN Co-Operative Organization (ACO) dan Naib Presiden International Co-operative Alliance Asia and Pacific (ICA-AP) berkata, ACD 2025 diharap menjadi platform terbaik kepada usaha memperkukuh kesejahteraan sosial di peringkat komuniti ASEAN.

Beliau yakin dengan kerjasama erat ANGKASA bersama rakan strategik termasuk kementerian, agensi kerajaan, koperasi apex ASEAN serta komuniti koperasi, ACD 2025 mampu mencipta sejarah baharu dalam perkembangan gerakan koperasi serantau.

Menurutnya, penganjuran ACD 2025 mendapat sokongan penuh daripada Kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri, YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim menerusi peruntukan yang diumumkan ketika Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 pada 26 Julai 2024 berjumlah

RM6 juta kepada ANGKASA bagi memperkukuhkan pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik koperasi.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1 juta merupakan peruntukan baharu khusus bagi pelaksanaan program ASEAN Co-operative sepanjang tempoh Kepengerusian ASEAN 2025 dan peruntukan tersebut membuktikan keyakinan kerajaan terhadap potensi koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi rakyat dan menjadi inisiatif berterusan kepada usaha memartabatkan gerakan koperasi di peringkat nasional dan global.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Taklimat ASEAN Co-operative Dialogue (ACD 2025) yang telah disampaikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya.

Barisan kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah Naib Presiden ANGKASA iaitu Datoโ€™ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Datoโ€™ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA (Wakil KUSKOP), Encik Azizul Alias dan (Wakil Kementerian Kewangan), Encik Ezleezan Othman, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Puan Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA, Datoโ€™ Shaharudin Mohd Saโ€™ad dan Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin.

ACD 2025 bertemakan โ€˜Cooperatives Build a Better Worldโ€™ atau Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat yang bakal berlangsung pada 13 dan 14 Mei 2025 di Sunway Resort Hotel, Selangor menyaksikan pemimpin koperasi dari sembilan (9) negara ASEAN berkumpul bagi membincangkan isu pembangunan koperasi di negara ASEAN yang menekankan kepada keterangkuman, kemampanan dan daya tahan ekonomi gerakan koperasi.

Program anjuran KUSKOP dengan kerjasama ANGKASA dan ACO serta rakan strategik SKM dan IKMa itu turut mempamerkan perniagaan produk koperasi, perkhidmatan dan inovasi selain memberi akses kepada amalan terbaik, polisi dan rangka kerja strategik untuk mengukuhkan operasi dan perniagaan gerakan koperasi dalam memacu impak ekonomi serantau.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine