Friday, June 20, 2025
HomeAKTIVITIANGKASA Tekankan Penubuhan Koperasi dalam Bantuan CSR Coop Care

ANGKASA Tekankan Penubuhan Koperasi dalam Bantuan CSR Coop Care

“Seronok sangat dapat sumbangan.” Demikian antara petikan jawapan Puan Asmah Abdul Rahman, salah seorang penerima barangan keperluan harian menerusi Projek BA100 dalam Program CSR Coop Care ANGKASA, ketika membalas soalan petugas media PELANCAR di PPR Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur pada 3 Mei 2025.

Beliau yang lebih mesra disapa sebagai β€˜Mak’ dalam kalangan penduduk di situ merupakan antara 50 penerima sumbangan terdiri daripada golongan asnaf, Orang Kurang Upaya, ibu tunggal dan individu yang memerlukan. Kesemua penerima berdaftar di bawah Persatuan Kebajikan Masih Ada Yang Sayang Kuala Lumpur dan Selangor.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya yang mewakili Presiden ANGKASA.

Dalam ucapannya, Dr. Azlan menegaskan bahawa bantuan bukan hanya sekadar pemberian sekali, tetapi perlu menjadi pemangkin kepada pembentukan komuniti yang lebih berdaya saing dan berdikari.

β€œKita tidak mahu bantu secara individu sahaja, tetapi dalam bentuk berkumpulan yang lebih tersusun. Sebagai contoh, kalau 20 wanita buat karipap, koperasi boleh beli produk mereka. Kita mahu bantu mereka secara jangka panjang melalui koperasi,”jelasnya.

Beliau turut menggesa agar golongan wanita terutama penerima bantuan agar menubuhkan koperasi sendiri dengan minimum 20 anggota.

“ANGKASA bersedia untuk membantu dari pelbagai sudut, termasuk menghubungkan kumpulan usahawan ini dengan wakil agihan zakat bagi mendapatkan sokongan dana permulaan. Selain itu, terdapat juga geran yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang boleh dimanfaatkan untuk memperkasa operasi koperasi yang ditubuhkan,” tambahnya.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Masih Ada Yang Sayang Kuala Lumpur dan Selangor, Puan Robiah Abd Rani.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine