Thursday, July 31, 2025
HomeAGENSI240 Pempamer Seluruh Negara Meriahkan HKN'25

240 Pempamer Seluruh Negara Meriahkan HKN’25

Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka menjadi pusat tumpuan para pengunjung selama tiga hari bermula pada 25 Julai 2025 sempena Hari Koperasi Negara 2025 (HKN’25).

Program anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama ANGKASA, Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Bank Rakyat dan Co-opbank Pertama itu menghimpunkan seramai 240 pempamer dari seluruh negara dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Antara tarikan HKN 2025 adalah seperti Jualan Madani Koperasi dan Usahawan, Jualan Agro Madani, Program Jom Cari Kerja & Jom Masuk IPT, Co-op Tourism Fair, D’Dapur Co-op, Sukan Rakyat, Pocket Talk, persembahan artis dan kebudayaan, trak makanan serta pertandingan permainan tradisional seperti dam dan congkak.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick telah mengadakan lawatan mesra (walkabout) sekitar pukul 4 petang dengan meninjau reruai pameran sambil beramah mesra bersama pempamer dan pengunjung.

Turut hadir sama ialah Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Tuan Haji Azam Sulaiman dan Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah.

ANGKASA turut memeriahkan HKN 2025 menerusi penganjuran program khas seperti Saringan Kesihatan Kebangsaan dan Kempen Ikrar Derma Organ dengan kerjasama Hospital Melaka dan Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah yang berlangsung sepanjang tiga hari acara.

Selain itu, Majlis Forum Perdana bertajuk ‘Koperasi Membina Kesejahteraan Ummah’ turut diadakan pada hari pertama sebagai salah satu pengisian utama HKN’25.

Kempen Derma Darah CoopCare ANGKASA pula dijadualkan berlangsung pada 26 Julai di Foyer Hall C, MITC dari pukul 9 pagi hingga 5 petang, dengan kerjasama Hospital Tampin. Sementara itu, Program Co-op Fun Walk anjuran ANGKASA Negeri Melaka akan diadakan pada 27 Julai di Dataran Zon A, MITC bermula jam 7 pagi.

HKN’25 bukan sahaja menjadi platform promosi produk dan perkhidmatan koperasi, malah berperanan sebagai medan untuk merapatkan gerakan koperasi dengan masyarakat secara menyeluruh.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine