Tuesday, March 3, 2026
HomeAGENSIMajlis Berbuka Puasa KUSKOP Perkukuh Ukhuwah dan Jalinan Strategik

Majlis Berbuka Puasa KUSKOP Perkukuh Ukhuwah dan Jalinan Strategik

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyemarakkan semangat Ramadan dengan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Rumah Bakti Al Kausar di Putrajaya pada 23 Februari 2026.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Encik Steven Sim Chee Keong berkata, program sebegini perlu diteruskan kerana ia boleh menjadi salah satu inisiatif KUSKOP untuk mendekati masyarakat selain merapatkan ukhuwah dalam kalangan warga kementerian, agensi serta pemegang taruh di samping menghayati keberkatan bulan Ramadan.

Beliau juga turut menegaskan bahawa pendekatan turun padang dan kebajikan sosial adalah sebahagian daripada peranan kementerian dalam membina ekosistem keusahawanan yang inklusif.

Dalam majlis sama, beliau menyampaikan sumbangan berjumlah RM18,000 daripada KUSKOP dan agensinya kepada Rumah Bakti Al Kausar. Selain itu, sumbangan wang tunai RM10,000 serta barangan keperluan asas termasuk makanan turut diserahkan kepada 20 anak yatim.

Sementara itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika ditemui wakil PELANCAR berkata, majlis berbuka puasa bukan sekadar acara tahunan, malah boleh menjadi platform untuk mengukuhkan ikatan sesama ummah serta membina kerjasama yang lebih erat.

Tambah beliau, melalui semangat inilah, KUSKOP dan ANGKASA akan terus berusaha untuk mengukuhkan kerjasama antara koperasi anggota dan rakan strategik supaya dapat bersama-sama menzahirkan komitmen berterusan dalam memperkasa gerakan koperasi demi kesejahteraan bersama.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Mohamad Alamin, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP, Datuk Saidatu Akhma Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Tuan Haji Rahman Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Puan Noor Afifah Abdul Razak, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Institut Koperasi Malaysia, Puan Hamidah Mohd Jos serta Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Ahmad Fauwaz Ali @ Fadzil.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine