Satu program webinar bertajuk Cooperatives at the Frontline of Climate and Disaster Resilience anjuran ICA-AP Agricultural and Environment Committee (ICAE) telah berlangsung secara dalam talian pada 19 Mei 2026.
Sesi tersebut yang dijalankan menerusi melalui aplikasi Zoom Meeting membincangkan temtang impak perubahan iklim yang semakin meruncing di rantau Asia Pasifik seperti kejadian banjir, kemarau dan taufan yang menjejaskan sosioekonomi komuniti.
Program yang dihadiri lebih 60 peserta sekitar Asia Pasifik itu menampilkan perkongsian kes sebenar (case studies) daripada beberapa koperasi terpilih di rantau ini. Antaranya termasuk projek pemulihan bencana oleh Mr. Arun Baboo dari ULCCS (India), amalan pertanian pintar-iklim yang disampaikan oleh Ms. Lourdes Diocson dari AgriCOOPh (Filipina), serta strategi rangka kerja polisi jangka panjang yang dibincangkan oleh pakar dari Japan Cooperative Alliance, Prof. Akira Kurimoto.
Webinar itu juga turut dihadiri oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang juga merupakan Pengerusi ICAE. Beliau telah menyampaikan ucapan penghargaan di penghujung majlis.
Secara keseluruhannya, program tersebut berjaya mencapai objektif untuk meningkatkan pemahaman ahli mengenai pengurusan risiko iklim serta mendokumentasikan amalan terbaik antara negara dalam Asia Pasifik.










