HomeAKTIVITIANGKASA Terima Anugerah 'Sustainability & CSR Malaysia Awards 2026'

ANGKASA Terima Anugerah ‘Sustainability & CSR Malaysia Awards 2026’

Inisiatif berterusan ANGKASA dalam  amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta Tanggungjawab Sosial Koperasi (COOPCARE ) terbukti telah banyak memberi impak terhadap kualiti hidup masyarakat dan alam sekitar.

Keprihatinan tersebut dilihat sebagai sangat bermakna sekali gus diiktiraf dalam satu majlis penganugerahan peringkat nasional apabila ANGKASA menjadi salah sebuah pertubuhan yang menerima anugerah ‘Sustainability & CSR Malaysia Awards 2026’ kali ke-11 di Kuala Lumpur pada 16 Julai 2026.

Anugerah bagi kategori ‘Company of the Year (Cooperative) Compassionate Sustainability Award’ itu telah diterima melalui Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Puan Lim Hui Ying serta turut dihadiri oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain.

Majlis penganugerahan tersebut telah dianjurkan oleh CSR Malaysia, iaitu sebuah inisiatif Pertubuhan Amal Tanggungjawab Kemapanan dan Korporat Malaysia manakala penilaian dibuat berdasarkan keberkesanan, impak serta kemampanan jangka panjang inisiatif CSR dan ESG yang dilaksanakan oleh setiap organisasi.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine