Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Xinjing Yuhai Investment Group Co. Ltd. yang diketuai oleh Mr. Ma Rui, Pegawai Pemasaran ASEAN Xinjing Yuhai Investment Group Co. Ltd., serta diiringi oleh Pengerusi Core Tijari Sdn. Bhd., Dato’ Abibullah Samsudin, bagi membincangkan potensi kerjasama strategik yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Perbincangan tersebut memfokuskan kepada penerokaan peluang kerjasama dalam bidang pelaburan, pembangunan ekonomi serta pelaksanaan pelbagai inisiatif yang berpotensi memperkukuh pembangunan gerakan koperasi di Malaysia, di samping memperluaskan jaringan kerjasama dengan rakan strategik antarabangsa.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen bersama dalam mempererat hubungan dua hala serta membuka ruang kepada kolaborasi yang mampan, inovatif dan berimpak tinggi demi memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif serta memperkasakan sektor koperasi pada masa hadapan.














