Satu Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) Koperasi Persatuan Darul Ridzuan Berhad (KPDRB) sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan telah diadakan dengan tujuan membela nasib dan perjuangan anak -anak Perak yang berada di perantauan.
Demikian dinyatakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewahtu berucap merasmikan Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi Persatuan Darul Ridzuan Berhad Bagi Tahun 2026 di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 15 Ogos 2026.
“Penubuhan koperasi merupakan satu ikhtiar untuk memperkukuh ekonomi anggota melalui semangat kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan anggota”, katanya
Beliau yakin ciri-ciri tersebut tersemat dalam setiap jiwa anggota dan kepimpinan koperasi di bawah seliaan Pengerusi KPDRB, Datuk Abu Hassan Ashari Alang Jaman yang juga anak didik kepada pemimpin Almarhum Prof. Diraja Ungku A. Aziz.
Menurut beliau lagi, anggota perlu berani melakukan pembaharuan, meningkatkan kecekapan dan mencari ruang baharu untuk menjana nilai ekonomi anggota dan koperasi. Koperasi boleh menjadi pelengkap kepada persatuan. Persatuan mempunyai jaringan, pengalaman dan kekuatan anggota.
“Koperasi boleh mengambil kekuatan itu dan menggerakkannya dalam ruang ekonomi. Kalau kedua-duanya bergerak dengan visi yang sama, kita boleh membina satu ekosistem yang bukan sahaja kuat dari sudut organisasi, tetapi turut memberikan nilai ekonomi kepada anggota”, jelas beliau .
Pelbagai bidang seperti perkhidmatan, pembekalan, perdagangan, makanan, pelancongan, pertanian dan pendidikan boleh dipertimbangkan berdasarkan keperluan anggota serta potensi pasaran.
Majlis turut dipanjatkan dengan doa kesyukuran dan perasmian pejabat baru KPDRB di bangunan Glomac Business Centre di Kelana Jaya.
























