HomeAGENSIANGKASA Terima Kunjungan Delegasi PKPRI Sumatera Barat, Perkasa Kerjasama Koperasi Serantau

ANGKASA Terima Kunjungan Delegasi PKPRI Sumatera Barat, Perkasa Kerjasama Koperasi Serantau

ANGKASA menerima kunjungan delegasi Koperasi Konsumen Pusat Pegawai Republik Indonesia (PKPRI) Provinsi Sumatera Barat di Dewan Dato’ Mohd Ali Baharum (A), Wisma Ungku A. Aziz pada 20 Ogos 2026.

Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, kunjungan tersebut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara gerakan koperasi Malaysia dan Indonesia, selain meneroka peluang kerjasama ekonomi yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Beliau turut menghargai pencapaian PKPRI Sumatera Barat yang ditubuhkan pada tahun 1986 dan kini menaungi ratusan koperasi primer dengan keanggotaan lebih 80,000 penjawat awam.

Menurut beliau, ANGKASA kini menaungi lebih 16,000 koperasi dengan keanggotaan melebihi 7.2 juta orang serta aset bernilai RM165 bilion. Sektor koperasi Malaysia pula disasarkan mencapai perolehan RM60 bilion hingga RM64 bilion menjelang tahun 2030 di bawah Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DKM 2030).

Kerjasama antara ANGKASA, Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) dan Kementerian Koperasi Republik Indonesia (KEMENKOP) turut diperkukuh dalam aspek advokasi, latihan modal insan dan pemadanan perniagaan rentas sempadan.

Beliau berharap kunjungan tersebut dapat menghasilkan kerjasama yang lebih konkrit dalam sektor rantaian bekalan produk halal, perkhidmatan kewangan syariah serta program penandaarasan dan latihan kepimpinan.

Turut hadir Ketua Pengurus PKPRI Provinsi Sumatera Barat, Bapak H. Hadi Suryadi, SH, Sekretaris PKPRI Provinsi Sumatera Barat, Bapak Ir. H. Asnel, M.Si, barisan kepimpinan delegasi PKPRI Sumatera Barat serta Anggota Lembaga dan Pengurusan Kanan ANGKASA.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine