HomeAGENSINACF–ANGKASA Jana Peluang Perkasa Ekosistem Halal

NACF–ANGKASA Jana Peluang Perkasa Ekosistem Halal

Kunjungan National Agricultural Cooperative Federation (NACF) ke ANGKASA membuka peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh ekosistem produk halal Korea, khususnya bagi meneroka pasaran ASEAN dan global.

Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, berkata pensijilan halal Malaysia, khususnya melalui JAKIM, mempunyai reputasi tinggi dari segi standard, kawalan dan integriti halal.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan Deputy General Manager NACF merangkap Secretary General International Cooperative Agricultural Organisation (ICAO), Mr. Ki Heung Lee, di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 20 Ogos 2026.

Mr. Ki Heung Lee turut menyatakan minat untuk meneroka kerjasama dalam bidang produk halal antara NACF dan ANGKASA. Pensijilan halal Malaysia yang diiktiraf serta ekosistem halal yang lengkap dilihat boleh menjadi platform bagi produk Korea menembusi pasaran pengguna Muslim yang lebih luas.

Selain kerjasama halal, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai promosi pelancongan antara Malaysia dan Korea serta perkongsian berkaitan Sistem Potongan Gaji ANGKASA (e-SPGA), yang merupakan antara aktiviti utama ANGKASA.

Hadir sama ialah Naib Presiden merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine