HomeANTARABANGSAANGKASA dan Koperasi Jasa Dharma Wanita UNAND Perkukuh Hubungan Koperasi

ANGKASA dan Koperasi Jasa Dharma Wanita UNAND Perkukuh Hubungan Koperasi

Kunjungan Koperasi Jasa Dharma Wanita Universitas Andalas (UNAND), Sumatera Barat ke ANGKASA membuka peluang kerjasama dalam pembangunan koperasi wanita serta perkongsian amalan terbaik antara gerakan koperasi Malaysia dengan Indonesia.

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, hubungan antara gerakan koperasi Malaysia dengan Indonesia yang telah terjalin sekian lama perlu terus diperkukuh menerusi perkongsian ilmu dan pengalaman, khususnya dalam memperkasakan koperasi wanita.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan delegasi Koperasi Jasa Dharma Wanita Universitas Andalas yang diketuai Ketuanya, Ibu Dewi Asriyanti, di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 21 Ogos 2026.

Sementara itu, Ibu Dewi Asriyanti berkata, kunjungan tersebut memberi peluang kepada pihaknya untuk mempelajari secara lebih menyeluruh pengalaman ANGKASA dalam membangunkan gerakan koperasi. Beliau turut berminat untuk mengetahui pendekatan ANGKASA dalam pengurusan, pembangunan dan strategi koperasi yang boleh dijadikan panduan untuk memperkukuh serta mengembangkan Koperasi Jasa Dharma Wanita UNAND.

Kedua-dua pihak turut melihat potensi kerjasama dalam bidang ekonomi penjagaan, pemasaran produk usahawan wanita seperti makanan warisan Minang dan kraftangan, serta penyelidikan dan latihan modal insan. Kunjungan itu diharapkan dapat membuka lebih banyak ruang kerjasama antara gerakan koperasi wanita Malaysia dengan Indonesia.

Hadir sama ialah Naib-naib Presiden ANGKASA, iaitu Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah dan Tuan Haji Zaharuddin Alias, Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Dato’ Dr Haji Nasaruddin Othman dan Ketua Pegawai Pembangunan Kumpulan ANGKASA, Tuan Haji Azam Haji Sulaiman.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine