HomeAKTIVITIANGKASAMart Jasin Sedia Penuhi Keperluan Komuniti Setempat

ANGKASAMart Jasin Sedia Penuhi Keperluan Komuniti Setempat

Bersempena Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Melaka,  barisan Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan yang diketuai Timbalan Presiden ANGKASA, Prof Madya Dato’ Dr Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berkesempatan mengadakan lawatan ringkas ke ANGKASAMart Jasin pada 5 September 2026.

Premis tersebut yang  baru memulakan operasinya pada Julai 2026 kini masih dalam proses menambahbaik susunan mahupun jenis produk yang dijual bagi memenuhi permintaan pasaran dan keperluan penduduk setempat.   

Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Zaidan Abd Hadi berkata, beliau amat berbesar hati menerima sebarang idea mahupun cadangan penambahbaikan daripada sesiapapun, bagi memastikan kedai koperasi dua lot itu berkembang maju.

Menurut beliau, selain ruang bawah yang menjual barangan runcit termasuk keperluan makanan kering mahupun sejuk beku, tingkat atas kedai juga akan turut dijadikan sebagai tempat menjual produk seperti peralatan sukan dan keperluan atau perkakasan kediaman.

Orang ramai kini boleh mendapatkan barangan keperluan seharian di ANGKASAMART Jasin yang beralamat di JC- 9180-C, Jalan BBP 2, Jalan Botani Parkland, Present 1, 77200 Bemban, Melaka. Kedai beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 9 malam.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine