HomeANTARABANGSAANGKASA Sertai Sesi Pemadanan Perniagaan IMT-GT Ke-32 di Medan

ANGKASA Sertai Sesi Pemadanan Perniagaan IMT-GT Ke-32 di Medan

ANGKASA menyertai Sesi Pemadanan Perniagaan IMT-GT Ke-32 (32nd IMT-GT Business Matching 2026) di Medan, Indonesia pada 8 September 2026, yang menghimpunkan lebih 250 organisasi dan entiti perniagaan dari rantau Indonesia-Malaysia-Thailand serta beberapa negara lain.

Delegasi ANGKASA diketuai Naib Presiden ANGKASA, Tuan Haji Zaharuddin Alias, yang turut mengendalikan sesi pemadanan perniagaan berkenaan.

Sesi itu menghimpunkan 150 entiti dari Indonesia, 60 dari Malaysia dan 40 lagi dari Thailand, Singapura, China serta India, yang terlibat dalam pelbagai sektor perniagaan berimpak tinggi.

Antara entiti Malaysia yang mengambil bahagian ialah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Percon Group Berhad, Telin Group Berhad, QEW Group Berhad, KPJ Group, Mamas M&M (M) Sdn. Bhd. dan Auto City Sdn. Bhd.

Tuan Haji Zaharuddin berkata pemadanan perniagaan berkenaan penting dalam memperluas jaringan perniagaan di peringkat serantau, selain membuka peluang kepada ANGKASA memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti perniagaan dan gerakan koperasi.

“ANGKASA boleh memainkan peranan dalam membantu merancakkan pembangunan koperasi dengan menjadi pengantara yang mempertemukan para usahawan dari Indonesia, Thailand dan Malaysia,” katanya.

Program berkenaan dijangka menjana nilai perniagaan melebihi IDR100 bilion, bersamaan kira-kira RM22.8 juta atau US$5.6 juta.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine