Wednesday, August 6, 2025
HomeAKTIVITISemarakkan Semangat Berkoperasi Melalui Sukan Petanque

Semarakkan Semangat Berkoperasi Melalui Sukan Petanque

Sebanyak 353 pasukan melibatkan hampir 1,200 peserta telah menyertai Kejohanan Petanque ANGKASA peringkat Negeri Selangor 2025 bagi menentukan pasukan terbaik kategori senior dan junior yang akan mewakili kejohanan di peringkat kebangsaan pada bulan September 2025.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula 3 Ogos 2025 itu telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Encik Yusaini Salleh bertempat di Arena Petanque, Kuala Selangor, Selangor pada hari ini (4 Ogos 2025).

Beliau dalam ucapannya berkata, kejohanan ini bukan sahaja dapat menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar, malah turut memberi peluang kepada mereka untuk mengasah bakat, mengembangkan potensi diri serta memperkukuh kemahiran insaniah seperti kerjasama berpasukan dan kepimpinan bertepatan dengan falsafah dan prinsip koperasi iaitu ‘bekerja bersama-sama demi manfaat bersamaโ€™.

Menurut beliau, JPN Selangor amat menghargai usaha ANGKASA dalam menyediakan platform pertandingan yang berimpak tinggi ini kepada pelajar di negeri Selangor untuk turut sama cemerlang dalam bidang kokurikulum.

Tambahnya, kejohanan tersebut bukan sekadar pertandingan malah merupakan elemen penting dalam membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani dan intelek.

Terdahulu, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Datoโ€™ Haji Mohd Alias Hamzah berkata, petanque yang menjadi sukan rasmi koperasi telah dipopularkan oleh ANGKASA sejak tahun 1970-an lagi.

“Pertandingan petanque anjuran ANGKASA telah mendapat pengiktirafan Persatuan Petanque Kebangsaan bagi memilih bakat atlet negara,” katanya.

Hadir sama ialah Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Kuala Selangor/ Sabak Bernam, Encik Mohammad Anas Nasrudin.

Barisan kepimpinan ANGKASA yang turut hadir ialah Naib-naib Presiden ANGKASA iaitu Datoโ€™ Haji Kamarudin Ismail, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa serta barisan Jawatankuasa ANGKASA Negeri Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine