Tuesday, March 3, 2026
HomeAKTIVITIANGKASA Lunas Zakat Perniagaan RM274.4 ribu kepada MUIP

ANGKASA Lunas Zakat Perniagaan RM274.4 ribu kepada MUIP

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah telah berkenan menerima zakat perniagaan oleh ANGKASA bagi negeri Pahang kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) berjumlah RM274,441.48.

Penyerahan wang zakat tersebut telah disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di Balai Temenggong, Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang pada 2 Disember 2025.

Turut berada di majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang juga Timbalan Presiden MUIP, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama ialah Sahibus Samahah Mufti Pahang, Profesor Dato’ Dr. Asmadi Mohamed Naim, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad serta Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH Dato’ Ahmad Hairi Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat dan Wakaf Pahang, Ybrs. Dr. Haji Mohd Azmi Haji Othman.

Pada majlis yang sama juga, sebanyak 15 syarikat korporat telah menyerahkan zakat perniagaan kepada Paduka Baginda Sultan Pahang bernilai RM22,873,977.68.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine