Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri khas buat kakitangan ANGKASA bertempat di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya Selangor pada 21 April 2025 .
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut hadir memeriahkan majlis bersama barisan Timbalan, Naib-naib Presiden dan pengurusan tertinggi.
Pelbagai juadah tradisional seperti nasi impit, lemang, rendang, mi laksa, roti jala, satay dan kuih-muih disajikan untuk dinikmati warga kerja bermula jam 11.30 pagi hingga 2.00 petang.


