Tuesday, March 3, 2026
HomeAKTIVITIANGKASA Bakal Bangunkan Konsep Pertanian Moden dengan Kerjasama Koperasi

ANGKASA Bakal Bangunkan Konsep Pertanian Moden dengan Kerjasama Koperasi

ANGKASA merancang untuk membangunkan konsep pertanian moden khususnya bagi tanaman Rock Melon secara fertigasi di tapak Projek Taman Agroteknologi, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang dengan kerjasama Koperasi Puncak Menara Malaysia Berhad.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah yang hadir dalam satu lawatan ringkas ke tapak projek berkenaan pada 17 Ogos 2025 menyatakan rasa optimis terhadap masa depan projek tanaman di tapak tersebut.

Menurut beliau, rangkaian strategik sedia ada antara ANGKASA, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Pertanian Negeri boleh membantu khususnya dalam aspek pengurusan ladang dan pemasaran hasil pertanian.

Selain menjadi pusat pengumpulan dan pemprosesan hasil pertanian, ANGKASA merancang untuk memberikan nilai tambah seperti mewujudkan pusat agro-edukasi dan ladang contoh dan agro-pelancongan koperasi.

Sebanyak enam plot rumah hijau seluas kira-kira enam ekar bakal dibangunkan dengan pelbagai projek pertanian pintar menerusi tanaman sayuran berdaun, sayuran berbuah dan buah-buahan khususnya Rock Melon dan Golden Melon.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Mohd Jamil Othman.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine