Tuesday, March 3, 2026
HomeAKTIVITIANGKASA Komited Perluas Penubuhan Koperasi Kariah Masjid

ANGKASA Komited Perluas Penubuhan Koperasi Kariah Masjid

ANGKASA akan terus berusaha untuk memperluaskan penubuhan Koperasi Kariah Masjid (KKM) kerana potensinya yang besar dalam menjana pembangunan sosioekonomi umat Islam khususnya kariah setempat selain dapat membamtu mengoptimumkan keperluan dan juga aset masjid.

Demikian dinyatakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika menyampaikan ucapan sempena Bengkel Penubuhan Koperasi Kariah Masjid Negeri Wilayah Persekutuan 2025, di Masjid Saidina Hamzah, Kuala Lumpur hari ini (8 Ogos 2025)

Katanya, bagi merealisasikan perkara tersebut, ANGKASA telah memperuntukkan RM130,000.00 melalui Bajet ANGKASA 2025 dengan tumpuan khusus kepada pelaksanaan program teras seperti Bengkel Pembangunan Pelan Strategi dan Bengkel Pemerkasaan Perniagaan selain Inisiatif Bantuan Permulaan Mesyuarat Agung (MAP) berjumlah RM500.00 bagi penubuhan koperasi baharu.

Tambah beliau lagi, ANGKASA bersedia untuk memberikan sokongan penuh melalui pelbagai program pembangunan serta latihan bagi membantu KKM berkembang dengan lebih berkesan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tuan Haji Hanifuddin Roslan turut menyatakan sokongan beliau dan JAWI dalam usaha ANGKASA menubuhkan KKM terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Majlis turut diserikan dengan sesi taklimat bertajuk Halatuju Koperasi Kariah Masjid yang disampaikan oleh Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid, Encik Mohd Safian Abdul Rahman.

Hadir sama ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Fadilah Salim, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Puan Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Barisan Jawatankuasa ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine