Saturday, December 13, 2025
HomeANTARABANGSAANGKASA - PCU DAVAO Kongsi Model Koperasi, Perkukuh Kerjasama Praktikal

ANGKASA – PCU DAVAO Kongsi Model Koperasi, Perkukuh Kerjasama Praktikal

ANGKASA bersedia berkongsi ilmu dan pengalaman dengan Provincial Cooperative Union of Davao, Philippines (PCU DAVAO) khususnya dalam mengembang dan memperkukuhkan model koperasi kedua-kedua negara menerusi bidang pertanian dan perkhidmatan kewangan untuk manfaat anggota.

Kesudian itu disuarakan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika menerima kunjungan seramai 29 delegasi mewakili lima koperasi dari Filipina, bertempat di Wisma Ungku A. Aziz, ANGKASA, Kelana Jaya pada 19 November 2025.

Kunjungan mereka ke ANGKASA itu adalah sebahagian daripada Siri Lawatan Sambil Belajar di Kuala Lumpur dan Singapura anjuran PCU DAVAO yang diketuai Chief Executive Officer PCU DAVAO, Mrs. Juliet V. Fuentes.

Koperasi yang hadir terdiri daripada Paheco Employees Agrarian Reform Beneficiaries Multipurpose Cooperative (PEARBEMCO), Nest Farm Agrarian Reform Beneficiaries Multipurpose Cooperative (NEARBECO), Wadecor Employees Agrarian Reform Beneficiaries Multipurpose Cooperative (WEARBEMPCO), Tagum Cooperative (TC).

Hadir sama ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah.

Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman berkata, ANGKASA dan koperasi hebat di Filipina berpeluang menyebarluaskan idea baharu model koperasi masing-masing untuk impak komuniti sesuai dengan cabaran sosial dan ekonomi semasa.

Menurutnya, kekuatan yang dimiliki ANGKASA sebagai badan puncak koperasi membantu dan memastikan koperasi di bawah naungannya mengakses peluang pasaran dalam perniagaan, manakala PCU DAVAO sebagai penyedia latihan, bantuan teknikal dan perisian perakaunan boleh menjadi platform nadi kepada ilmu koperasi yang bersifat profesional seterusnya menggalakkan kerjasama serantau.

PCU DAVAO ditubuhkan pada 1986 kini memiliki sejumlah 83 koperasi primer aktif di lima wilayah termasuk Davao del Norte, Davao de Ore, Davao City, Davao Oriental dan Agusan del Norte.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine