Tuesday, March 3, 2026
HomeUncategorizedANGKASA Perkukuh Kerjasama Serantau di Perhimpunan ICA-AP ke-17 Colombo

ANGKASA Perkukuh Kerjasama Serantau di Perhimpunan ICA-AP ke-17 Colombo

Perhimpunan Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) ke-17 di Colombo, Sri Lanka membuka tirai pada 24 November 2025 di Cinnamon Lakeside Hotel dengan pelbagai program berimpak tinggi yang menonjolkan peranan strategik gerakan koperasi di Asia Pasifik. Program dimulakan dengan Sesi Meja Bulat anjuran Asia Pacific Cooperative Development Platform (APCDP) yang turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

Majlis menandatangani Piagam APCDP turut berlangsung pada hari yang sama, menyaksikan Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden ICA-AP, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, dan Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, mewakili Malaysia dalam komitmen mengukuhkan platform pembangunan koperasi Asia Pasifik.

Sebelum Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP, Datuk Seri Dr Abdul Fattah mengadakan pertemuan tidak formal dengan Dr Patrick John R. Rico dari ACDI Multipurpose Cooperative bagi membincangkan pertukaran pandangan serta potensi kerjasama masa hadapan antara dua organisasi koperasi utama.

ANGKASA turut meneruskan komitmen dalam Mesyuarat Majlis Malaysia Business Office (MBO) yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Abdul Fattah, dengan memfokuskan usaha memperkukuh hubungan rentas negara antara Korea, China dan Jepun. Program hari pertama diakhiri dengan Majlis Makan Malam Ahli Lembaga Serantau yang menyediakan ruang membina rangkaian profesional dalam suasana santai.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine