Tuesday, March 3, 2026
HomeAKTIVITIANGKASA Sedia Tawar Geran Kajian kepada Universiti

ANGKASA Sedia Tawar Geran Kajian kepada Universiti

ANGKASA bersedia menawarkan geran penyelidikan menerusi empat bidang kajian kepada Instutusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terpilih bagi membantu menyelesaikan beberapa solusi dalam gerakan koperasi.

Empat bidang kajian tersebut merangkumi  Kesihatan, Sistem Potongan Gaji, Program SEJATi MADANI dan Program Jualan Rahmah MADANI.

Selain mengenal pasti bidang penyelidikan yang strategik dan berimpak tinggi kepada gerakan, objektif penyelidikan itu juga diharap dapat merapatkan kerjasama antara rakan strategik akademik di samping membina dan merangka kajian yang lebih komprehensif dalam menyumbang kepada dasar dan pembangunan koperasi di Malaysia.

Keempat-empat bidang kajian tersebut telah dikemukakan dalam Sesi Percambahan Fikiran Mengenai Bidang-Bidang Yang Berpotensi Untuk Penyelidikan ANGKASA dan Gerakan Koperasi yang dipengerusikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bertempat di Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya pada 12 Ogos 2025.

Seramai 13 wakil daripada enam universiti awam tempatan hadir dalam sesi itu termasuk Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Pengarah AURA, ANGKASA-UMK Research Academy, Fakulti Keusahawanan Dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr. Noor Raihani Zainol, Felo Penyelidik International Institute for Halal Research and Training, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (INHART-UIA), Prof. Madya Dr. Dzuljastri Abd. Razak, Pengarah Ungku Aziz Centre, Universiti Malaya (UAC-UM), Datin Sri Prof. Dr. Suhaiza Hanim Dato’ Mohamad Zailani dan Pensyarah Universiti DS13 / Ketua Jabatan Pengurusan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Rogis Baker.

Hadir sama ialah Pengarah Kanan Bahagian Dasar & Strategik, Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Puan Hajah Sharina Abdullah dan Pengarah Pusat Penyelidikan IKMa, Dr. Mohd Shahron Anuar Said.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan ANGKASA, Encik Mohd Ismail Ibrahim, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Tadbir Urus dan Pentadbiran ANGKASA, Haji Anuar Bulin, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Haji Nor Azmi Jalil dan Pengurus Besar Kanan Kumpulan Kewangan Korporat ANGKASA, Encik Hamzah Ibrahim.

Terdahulu, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hubungan Strategik ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Haji Ishak telah menyampaikan Taklimat Penawaran Geran ANGKASA bagi mewujudkan potensi perniagaan baharu sebagai pemangkin inovasi model perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN
- Advertisment -
Google search engine

Terkini

INFOGRAPHICS
Google search engine